Thursday, October 8, 2009

SINDIR-MENYINDIR

Kita tersentap apabila ada antara rakan-rakan yang cenderung pada perilaku `sindir-menyindir'. Tapi permasalahannya, adakah benar mereka menyindir? Atau adakah kita saja yang rasa tersindir? Barangkali ia rentetan pengalaman dan peristiwa demi peristiwa yang dilalui menjadikan seseorang itu seringkali tersalah sangka dan terasa hati seolah mereka disindir oleh sesama sahabat. Perkara begini (sindir-menyindir dan terasa hati) memang perlu dijauhi. Sedangkan Allah juga amat memaklumkan bahawa jangan sesekali kita berkata yang tidak baik dan berprasangka buruk sesama manusia. Kelak binasa dan berpecah belahlah umat. Bukan sekadar umat yang berpecah dek perbuatan sindir-menyindir ini, bahkan iman seseorang juga turut tergugat dan digugat.

Maka, bagi yang mudah `menyindir', jadikan ia juga satu skop baru dalam penghidupan. Amalkan untuk bermulut manis dan berlapik mulut dalam bicara. Pandanglah ke kiri ke kanan, depan belakang, atas dan bawah apabila mahu menutur bicara. Agar tiada hati-hati yang terluka dan menderita.

berkatalah...dengan baik, demi sebuah nama yang Suci...

No comments:

Post a Comment